Sarawak terbuka menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.<br /><br />Tegas Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn apa yang penting individu itu perlu sensitif kepada keperluan di Sarawak.<br /><br />Pada masa sama melayani perjuangan sarawak untuk mendapatkan kuasa autonomi sistem pendidikan di negeri itu.